Seorang Jalanan Mencari Sakinah Yang Hilang.Sesungguhnya Pandangan dan Pencarian Yang Tidak Melihat Tuhan adalah Sia-Sia. Kita Kongsi sebelum M.A.T.I
Monday, 21 July 2014
Sunday, 20 July 2014
Gazza Menangis...
"Ya Tuhan..Hancur leburkanlah kesatuan mereka...Patah Balikkanlah kejahatan mereka keatas batang tengkuk mereka sensiri..."
Sunday, 13 July 2014
Rakyat Yaman Keluar Ke Jalanraya
Oleh : Syed Hussein Solahuddin
Beribu-ribu rakyat Yaman keluar ke jalanraya semalam, Jumaat 11 Julai di ibu kota Negara itu, Sana’a, menunjukkan kekuatan berdemonstrasi membantah tindakan kumpulan militant syiah ‘Houthi’ dan menzahirkan solidariti terhadap umat Islam di Gaza.
Pada 8 Julai pemberontak Houthi telah menawan dan merampas kuasa di Amran, sebuah bandar yang terletak kira-kira 50km ke utara Sana’a ibu Negara Yaman.
Puak Houthi dilaporkan menculik dan membunuh Hamid al-Qushaibi, seorang komander tentera yang terkenal di sana.
Houthi, sekumpulan pemberontak Syiah, sering mencabar kuasa kerajaan pusat dan telah berperang enam peperangan terhadap Sana’a antara 2004 dan 2010, tetapi telah mengambil bahagian dalam rundingan damai awal tahun ini.
“apabila kumpulan sesat yang dipanggil “Houthion” (Syiah Husi) menyerang Amran dan membunuh ramai askar dan komander,
“ia adalah satu pengkhianatan dan hilang taat setia kepada Negara,”ujarnya ketika ditemui.
Thursday, 29 May 2014
JUNDULLAH
Rukun-rukun dalam perjuangan Islam ini bagai Tiang-tiang yang membina sebuah bangunan,dan tiang kepada satu jemaah ade sepuluh..Salah satu tiangnya adelah jihad.Jihad dengan makna Keupayaan .
Inilah yang disebut oleh Syeikh Islam Ibnu Taimiyah Jihad dengan makna segala amalan yang dilakukan untuk mendapat kasih sayang Allah dan Rasul dan mendapat pahala pada hari akhirat serta menentang segala perkara yang dimurkai oleh Allah dan Rasul.
Jihad memiliki kedudukan yang besar,yang menjadi tonggak dan kekuatan dan kemuliaan Ummah..Jihad adelah sinar Islam dan menjadi tonggak kepada Islam.Maka jihad mesti ada dalam diri setiap umat Islam khususnya petugas-petugas Harokah Islamiah,jamaah-jamaah Islam.
Jihad bukan saje dengan makna perang,tapi Jihad dengan makna yang menyeluruh,dengan makna yang umum yang merangkumi seluruh aspek...Jihad berhadapan dengan NAFSU,Jihad berhadapan dengan SYAITAN,Jihad berhadapan dengan ORANG MUNAFIK,Jihad berhadapan dengan PEMIMPIN ZALIM dan FASIK,Jihad berhadapan dengan pemimpin MUSYRIKIN YANG ZALIM,YANG MENCEROBOH dan MENCABULI ISLAM.
Jihad perlu diteruskan dan perlu dilakukan oleh Umat Islam khususnya dizaman yg penuh dengan FITNAH ini.Kerana itulah bile kita membaca hadis-hadis yang dikumpulkan oleh para ulama antaranya Imam At Tirmizi.Apebile beliau membawa hadis-hadis yang menceritakan fitnah yg berlaku diakhir zaman,fitnah yg menjadi salah satu tanda hampir kiamat ialah zohirnya fitnah.Samaada fitnah syahwat ataupun fitnah syubhat.
Maka dalam menghadapi fitnah inilah,Ustaz Syed Hawa mengarang satu kitab bertajuk TENTERA ALLAH PADA SUDUT KEILMUANNYA dan AKHLAK.Salah satu AKHLAK yg mesti ade pada pejuang islam ialah JIHAD pada jalan Allah dan salah satu jihad yang perlu dilakukan pada zaman yg penuh fitnah ini ialah Jihad PENDIDIKAN,Jihad PENULISAN,Jihad DAKWAH,Jihad SIASI,dan Jihad POLITIK .
Maka tiada lain dalam berhadapan dengan suasana ini,ROH Jihad,KEFAHAMAN Jihad dan TINDAKAN dalam berjihad perlu wujud didalam diri setiap Ummah.
" SESUNGGUHNYA JIHAD YANG PALING BESAR IALAH SUARA BAGI MENEGAKKAN KEADILAN DISISI PEMERINTAH YANG ZALIM "
Maka mestilah kita menanam dalam diri kita semangat yang diyatakan oleh Allah.Jual beli yang dilakukan oleh Allah dengan orang-orang yang beriman ialah orang beriman menjual diri mereka dan harta mereka melalui roh jihad dan semangat jihad untuk mencapai syurga dari Allah.
Moga-moga Allah taala memberikan kekuatan kepada seluruh petugas islam dan pejuang-pejuang islam dengan semangat JIHAD dan pelajarilah kitab-kitab khususnya kitab yang terbaru yang dikarang oleh Al-Imam As-Syeikh Dr Yusog Al-Qardhawi,AL-Jihad,Fikhul Jihad berasaskan Quran dan Nabi SAW.
Sunday, 4 May 2014
Imtihan Pertama
Walid memimpin TANGAN KANANKU
dan Umi memimpin TANGAN KIRIKU..Selangkah..Dua langkah..Tiga langkah….Bile aku
sudah Berjaya mendapat sedikit kestabilan,pada langkah ke empat dan ke seterusnya tanpe aku sedari
rupe-rupenye aku sudah berada di TANAH BERDEBU penuh SEJARAH ini..Aku sudah
berjalan tanpa dipimpin Umi dan Walid…
Aku mule
berjalan..Perlahan..Perlahan dan perlahan…Semakin laJu dan laju.Ku dengar jelas
suara Umi dan Walid dibelakang yang terus menerus memberi SEMANGAT
kepadaku.
JATUH dan BANGUNnya Hidup ni
jika tanpa BERKAT , RESTU dan DOA Ibu Bapa dok akan mampu ke mana-mana.Biar
setinggi mana kejayaan yang dikecapi,Jika DUA INSAN utama ini tidak merestui
perjalanan kehidupan,Pasti ada KEPINCANGAN disana sini . . . .
Alhamdulillah…Hari ni selesai
Ujian pertamaku di Maahad YAL…Buat sekian kalinye aku menjawab kertas IMTIHAN
berbahasa Arab..Tak lah serumit yang aku sangkakan...I’Allah minggu depan aku
akan terima Sijil pertamaku disini..Hanye satu yang aku mahu tunjuk pada
semua..Aku DATANG dari keluarga biasa-biasa..Serba sederhana dan dok punya
apa-apa..Tapi cite-cite aku,Ingin PULANG dengan apa yang orang lain tak ada….Ya
Tuhan..Pinjamkan aku sedikit KEKUATAN!
Disini aku lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan keluarga di tanah air...Gambar ni diambil pada Hari Jumaat sehari sebelum IMTIHAN BERSAMA Ustaz Muhammad Altubaei Di Bilik AT TARANJANI dirumah aku...
Disini aku lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan keluarga di tanah air...Gambar ni diambil pada Hari Jumaat sehari sebelum IMTIHAN BERSAMA Ustaz Muhammad Altubaei Di Bilik AT TARANJANI dirumah aku...
Nasi Minyak buatan Pok Jak
Bersama Ustaz Muhammad AlTubaei
4 APRIL 2014
SANA'A,YAMAN
Subscribe to:
Posts (Atom)







