Pages

Friday, 5 August 2011

Nak Couple Islamik?


Ikuti kisah ini :


Kisahnya mengenai 3 orang, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. 

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamik punya couple tu.

Sunday, 31 July 2011

RENUNGAN RAMADHAN

Air yang paling jernih sekalipun tetap akan kotor apabila diisi di dalam bekas yang bernajis. Hati umpama bekas dan Ramadhan ialah airnya jika tidak disucikan hati maka Ramadhan akan tercemar oleh kotoran nifaq, maksiat dan dosa. Isikanlah Ramadhan dalam bekas yang bersih barulah terasa nikmat ketika meneguknya dan hilang segala dahaga pada dunia !
Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

Umumnya Ramadhan disambut meriah di Malaysia. Masjid dan surau akan dibanjiri oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau ceramah pendek atau tafsir pendek. Ini merupakan satu amalan yang baik kerana ia akan menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan juga medan untuk berkongsi Ilmu dan ingat memperingati. Sesuai dengan firman Allah bermaksud:

“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman” (Surah Azzariyat: 57)
Dan firman-Nya lagi:

“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”. (Surah Al-Asr: 1-3)

Walaupun begitu, di sana terdapat masalah dari segi kurangnya sumber untuk renungan.

Risalah kecil ini salah satu usaha kerdil untuk memenuhi hasrat ini. Cebisan-cebisan renungan ini cuba merangkumi pelbagai aspek dari penghayatan Ramadhan. Seberapa daya, kami berusaha memastikan kenyataan yang dibuat disertakan dengan hujjah dan dalil yang terbukti kuat dan dinyatakan sumbernya yang sah.

Semoga risalah ini dapat membantu kita dalam mengharungi lautan keberkatan dan rahmah Allah di bulan Ramadhan.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Saturday, 2 July 2011

Bersihkan Negara Kita


Rasuah berselerak
di laman politik negara

Fitnah membusuk
kelam politik negara

Boros berleluasa
busuk politik negara

Tipu membarah
rosak politik negara

Ketidakadilan
lumpuh politik negara

Keangkuhan
hilang seri politik negara

Rasuah, fitnah, boros, tipu, ketidakadilan, keangkuhan
Semua ini sampah negara

Terganggu kedamaian politik
Tergugat kesejahteraan politik
Terancam ketenangan politik

Kerna .....

Tuesday, 14 June 2011

7 Akibat dari perbuatan kita


 


‘Umar Radhiyallahu Anhu (RA) berkata : 


1. “Barang siapa banyak tertawa, maka wibawanya sedikit.
2. Barang siapa suka meremehkan orang, maka dia tentu akan diremehkan orang lain.
3. Barang siapa memperbanyak sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu.
4. Barang siapa banyak bicaranya, tentu banyak pula dosanya.
5. Barang siapa banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya.
6. Barang siapa sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat wara’nya.
7. Barang siapa sedikit sifat wara’nya, maka hatinya akan mati.”


Berkaitan dengan yang 1, Rasulullah Shallallahu ’Alaihi Wassallam bersabda : 

“Jauhilah olehmu banyak tertawa, sebab sesungguhnya banyak tertawa itu dapat mematikan hati dan bisa menghilangkan wibawa.” (Diriwayatkan dari Abu Dzar Radhiyallahu Anhu).

Sunday, 29 May 2011

AMANAH SEBUAH KEPIMPINAN - IMAM AS SYAHID HASSAN AL BANNA -

Suasana telah mengkehendaki kita untuk kita berada dalam generasi yang umatnya berebut-rebut dan bertarung untuk kekal dengan begitu sengit dan kemenangan sentiasa diperolehi oleh sesiapa yang mempunyai kekuatan. Begitu juga suasana mengkehedaki kita supaya menghadapi kesilapan yang lampau dan menelan kepahitannya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk memperbaikinya dan membalut keretakan serta menyelamatkan diri kita, anak-anak kita, mengembalikan kemuliaan, keagungan, menghidupkan tamadun dan ajaran agama kita.
" BI RUH...BI DAM "