Pages

Sunday, 31 July 2011

RENUNGAN RAMADHAN

Air yang paling jernih sekalipun tetap akan kotor apabila diisi di dalam bekas yang bernajis. Hati umpama bekas dan Ramadhan ialah airnya jika tidak disucikan hati maka Ramadhan akan tercemar oleh kotoran nifaq, maksiat dan dosa. Isikanlah Ramadhan dalam bekas yang bersih barulah terasa nikmat ketika meneguknya dan hilang segala dahaga pada dunia !
Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

Umumnya Ramadhan disambut meriah di Malaysia. Masjid dan surau akan dibanjiri oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau ceramah pendek atau tafsir pendek. Ini merupakan satu amalan yang baik kerana ia akan menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan juga medan untuk berkongsi Ilmu dan ingat memperingati. Sesuai dengan firman Allah bermaksud:

“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman” (Surah Azzariyat: 57)
Dan firman-Nya lagi:

“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”. (Surah Al-Asr: 1-3)

Walaupun begitu, di sana terdapat masalah dari segi kurangnya sumber untuk renungan.

Risalah kecil ini salah satu usaha kerdil untuk memenuhi hasrat ini. Cebisan-cebisan renungan ini cuba merangkumi pelbagai aspek dari penghayatan Ramadhan. Seberapa daya, kami berusaha memastikan kenyataan yang dibuat disertakan dengan hujjah dan dalil yang terbukti kuat dan dinyatakan sumbernya yang sah.

Semoga risalah ini dapat membantu kita dalam mengharungi lautan keberkatan dan rahmah Allah di bulan Ramadhan.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Saturday, 2 July 2011

Bersihkan Negara Kita


Rasuah berselerak
di laman politik negara

Fitnah membusuk
kelam politik negara

Boros berleluasa
busuk politik negara

Tipu membarah
rosak politik negara

Ketidakadilan
lumpuh politik negara

Keangkuhan
hilang seri politik negara

Rasuah, fitnah, boros, tipu, ketidakadilan, keangkuhan
Semua ini sampah negara

Terganggu kedamaian politik
Tergugat kesejahteraan politik
Terancam ketenangan politik

Kerna .....

Tuesday, 14 June 2011

7 Akibat dari perbuatan kita


 


‘Umar Radhiyallahu Anhu (RA) berkata : 


1. “Barang siapa banyak tertawa, maka wibawanya sedikit.
2. Barang siapa suka meremehkan orang, maka dia tentu akan diremehkan orang lain.
3. Barang siapa memperbanyak sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu.
4. Barang siapa banyak bicaranya, tentu banyak pula dosanya.
5. Barang siapa banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya.
6. Barang siapa sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat wara’nya.
7. Barang siapa sedikit sifat wara’nya, maka hatinya akan mati.”


Berkaitan dengan yang 1, Rasulullah Shallallahu ’Alaihi Wassallam bersabda : 

“Jauhilah olehmu banyak tertawa, sebab sesungguhnya banyak tertawa itu dapat mematikan hati dan bisa menghilangkan wibawa.” (Diriwayatkan dari Abu Dzar Radhiyallahu Anhu).

Sunday, 29 May 2011

AMANAH SEBUAH KEPIMPINAN - IMAM AS SYAHID HASSAN AL BANNA -

Suasana telah mengkehendaki kita untuk kita berada dalam generasi yang umatnya berebut-rebut dan bertarung untuk kekal dengan begitu sengit dan kemenangan sentiasa diperolehi oleh sesiapa yang mempunyai kekuatan. Begitu juga suasana mengkehedaki kita supaya menghadapi kesilapan yang lampau dan menelan kepahitannya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk memperbaikinya dan membalut keretakan serta menyelamatkan diri kita, anak-anak kita, mengembalikan kemuliaan, keagungan, menghidupkan tamadun dan ajaran agama kita.

Monday, 9 May 2011

Pil kuda yg semakin berleluasa!!!

Aku Wak tajuk ni saje je skador untuk share story yang  boleh dijadikan iktibar buat kita bersama..Bukan bertujuan  nak memalukan bangsa sendiri...tp realitinya nilah yg berlaku dlm masyarakt kite hari ini..selain pil kude, arok, judi, ttine jugok berleluasa..tp tajuk ni aku  khaskan kepada pil kude dlu..
kalu sebut je pil kude semua org biase dgar...kesannya sgtlah teruk..bukan setakat khayal.tp effect jangka masa panjang blh jadi gile(punoh otok)...Hari demi hari makin ramai anak2 muda di daerah ni ambik pil kuda atau methamphetamine dan juga dipanggil 'buOH' di daerah ni..Dari segi soal jawab, pil kuda ni naik turun harga pasarannya..kdg2 bleh dpt harga plg murah iaitu rm15 utk sebiji..dan kdg2 bleh mencecah sehingga rm50 sebiji...aiyakkk!!! penyebarannya begitu berleluasa sampai budak2 skolah menengah pon mula tejebak dgn pil haram ini..salah siapa semua ni??? semalam aku sempat berchatting ngan kwn aku....ketika kitorg tgh sibok2 chat pasal plajaran,tiba2 kwn aku tanya,"pil kuda tu bahaya x?"..aku terkejut..lalu  aku ceritakan kisah disebalik pil kuda....al kisahnye....biarlah rhsia...
jadi kalau dilihat pada senario remaja hari ini,(aku rasa bukan remaja shj..pemandu bas,pelajar pun sama je),pil kuda adalah satu benda yang tak asing lagi..aku ingat lagi kalau aku kecik,mak aku pesan,jgn makan panadol ngan air bergas..nnti mabuk..tpi aku rasa mak bapak kena pesan kat anak2 diorg,jgn makan pil kuda,ectasy,syabu,ice, (dan mcm2 lagi pil),nanti mabuk....see...lambakan pil2 camni cam dah tak heran dah skang..
skang aku nk bercerita pasal pil kuda..bukan untuk menggalakkan anda mengambilnye..tapi supaya anda kenal siapa musuh anda..macam nak pergi berperang,mesti la tau siapa musuh kita..supaya kita tau,apa/siapa yg kit kena jauhi utk selamat hidup di dunia ni...so kwn2 yang kat luar sana tu,baca elok2 ape yg angOH nk tulis nih..ekkeke
pil kuda ni nama sebenarnye ialah metamphetamine..dalam kontek perubatan,ia digunakan untuk merawat penyakit terlampau aktif dan hilang tumpuan di kalangan kanak2(ADHD=sejenis penyakit psikotik),masalah tidur melampau-lampau,dan kegemukan yg ekstrem.
bila penyalahgunaan berlaku???penyalahgunaan pil kuda/dadahberlaku bila ia di ambil bukan utk tujuan perubtan @ atas arahan doktor..
jadi,tak nnak la cakap panjang lebar,takut makin byk,makin susah nak digest...


" BI RUH...BI DAM "