“Suasana telah mengkehendaki kita untuk kita berada dalam generasi yang umatnya berebut-rebut dan bertarung untuk kekal dengan begitu sengit dan kemenangan sentiasa diperolehi oleh sesiapa yang mempunyai kekuatan. Begitu juga suasana mengkehedaki kita supaya menghadapi kesilapan yang lampau dan menelan kepahitannya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk memperbaikinya dan membalut keretakan serta menyelamatkan diri kita, anak-anak kita, mengembalikan kemuliaan, keagungan, menghidupkan tamadun dan ajaran agama kita.
Seorang Jalanan Mencari Sakinah Yang Hilang.Sesungguhnya Pandangan dan Pencarian Yang Tidak Melihat Tuhan adalah Sia-Sia. Kita Kongsi sebelum M.A.T.I
Sunday, 29 May 2011
Monday, 9 May 2011
Pil kuda yg semakin berleluasa!!!
Aku Wak tajuk ni saje je skador untuk share story yang boleh dijadikan iktibar buat kita bersama..Bukan bertujuan nak memalukan bangsa sendiri...tp realitinya nilah yg berlaku dlm masyarakt kite hari ini..selain pil kude, arok, judi, ttine jugok berleluasa..tp tajuk ni aku khaskan kepada pil kude dlu..
kalu sebut je pil kude semua org biase dgar...kesannya sgtlah teruk..bukan setakat khayal.tp effect jangka masa panjang blh jadi gile(punoh otok)...Hari demi hari makin ramai anak2 muda di daerah ni ambik pil kuda atau methamphetamine dan juga dipanggil 'buOH' di daerah ni..Dari segi soal jawab, pil kuda ni naik turun harga pasarannya..kdg2 bleh dpt harga plg murah iaitu rm15 utk sebiji..dan kdg2 bleh mencecah sehingga rm50 sebiji...aiyakkk!!! penyebarannya begitu berleluasa sampai budak2 skolah menengah pon mula tejebak dgn pil haram ini..salah siapa semua ni??? semalam aku sempat berchatting ngan kwn aku....ketika kitorg tgh sibok2 chat pasal plajaran,tiba2 kwn aku tanya,"pil kuda tu bahaya x?"..aku terkejut..lalu aku ceritakan kisah disebalik pil kuda....al kisahnye....biarlah rhsia...
jadi kalau dilihat pada senario remaja hari ini,(aku rasa bukan remaja shj..pemandu bas,pelajar pun sama je),pil kuda adalah satu benda yang tak asing lagi..aku ingat lagi kalau aku kecik,mak aku pesan,jgn makan panadol ngan air bergas..nnti mabuk..tpi aku rasa mak bapak kena pesan kat anak2 diorg,jgn makan pil kuda,ectasy,syabu,ice, (dan mcm2 lagi pil),nanti mabuk....see...lambakan pil2 camni cam dah tak heran dah skang..
skang aku nk bercerita pasal pil kuda..bukan untuk menggalakkan anda mengambilnye..tapi supaya anda kenal siapa musuh anda..macam nak pergi berperang,mesti la tau siapa musuh kita..supaya kita tau,apa/siapa yg kit kena jauhi utk selamat hidup di dunia ni...so kwn2 yang kat luar sana tu,baca elok2 ape yg angOH nk tulis nih..ekkeke
pil kuda ni nama sebenarnye ialah metamphetamine..dalam kontek perubatan,ia digunakan untuk merawat penyakit terlampau aktif dan hilang tumpuan di kalangan kanak2(ADHD=sejenis penyakit psikotik),masalah tidur melampau-lampau,dan kegemukan yg ekstrem.
bila penyalahgunaan berlaku???penyalahgunaan pil kuda/dadahberlaku bila ia di ambil bukan utk tujuan perubtan @ atas arahan doktor..
jadi,tak nnak la cakap panjang lebar,takut makin byk,makin susah nak digest...

Monday, 25 April 2011
Saya Couple, Saya OK [ Bahagian 2 ]
Baca Dulu : Saya Couple , Saya OK
Kadang2, kita tertipu dengan alasan2 dan hujah 'ahli couple' , contohnya seperti tajuk di atas. Mereka berhujah bahawa mereka ok, tidak terbabas, tidak terlanjur, tidak ada anasir2 yang merosakkan dan mereka mengakui yang mereka memang ok.
Lantaran itu, adakah kita patut menerima dan membiarkan mereka terus aktif sebagai 'ahli couple' ?
Persoalan ini sensitif, tetapi dalam masa yang sama, ia merupakan satu persoalan basic dalam kehidupan. Awas, bila kita bercakap soal ini, jangan sesekali berniat mahu menunding jari atau menghalakan muncung senapang kita kepada sesiapa. Niatlah untuk mencari kejernihan dalam masyarakat. Niatlah untuk melihat masyarakat yang lebih baik dan bersih hasil daripada usaha kita ini.
Kerana itu, soal ini perlu diperhalusi. Golongan berpengalaman, jangan kedekut ilmu walaupun telah beribu kali dikongsi. Golongan muda baru belajar, jangan malu untuk terus bertanya dan mengambil tahu. Ini bukan soal seronok2 semata2, tetapi ia soal agama. Jangan jadi orang yang malu bertanya, malu belajar, tetapi tidak malu mempraktik dan mencuba.
Kembali kepada persoalan di atas, adakah pernyataan 'saya couple, saya OK ' itu boleh diterima?
Wednesday, 20 April 2011
Bertudung tidak semestinya menutup aurat
Pakaian mempermainkan aurat semakin teruk di sekeliling kita. Fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang semakin dianggap biasa, malah berani dipadankan dengan busana Muslimah dan tudung. Adakah kita harus membiarkan penyakit ini di dalam realiti masyarakat kita ? Masyarakat Islam seharusnya ada rasa benci dan jijik terhadap fesyen-fesyen wanita yang mempermainkan aurat, bukannya berkompromi dan buat-buat tidak kisah. Kita mahu menegur pun tidak berani. Kita hanya mampu membiarkan sahaja dengan mata yang sakit. Itulah realitinya mengapa makin ramai wanita Islam yang berpakaian sedemikian di luar sana, kerana mereka tahu masyarakat tidak akan mampu berbuat apa-apa ke atas mereka.
Sunday, 17 April 2011
Saya Couple, Saya OK
"Saya dah sekian lama menjalinkan hubungan dengan dia. Masuk ini dah hampir 3 tahun kami bercouple. Tapi pada kami, couple tidaklah seburuk yang sering digambarkan oleh 'orang agama'. Saya bercouple, dan saya ok. Kami menjaga batas perhubungan dan saling menghormati. Keluarga kami pun merestui perhubungan ini, cuma mungkin kami belum bersedia untuk berkahwin. Tentang pelbagai kes terlanjur, zina dan buang anak, pada kami itu perbuatan manusia2 yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenal erti cinta yang sebenar. Itu manusia2 yang gilakan seks semata2."
Apa pandangan anda dengan statement di atas?
Kita akui, apa yang dinyatakan dalam statement di atas, atau yang mungkin keluar dari mulut sebahagian besar 'ahli couple' pada hari ini ada benarnya. Memang ada orang yang bercouple, tetapi akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Siap kekal ke anak cucu. Siap boleh cerita pula dekat cucu2 tentang kisah couple mereka.
Sesetengah pula menganggap couple itu sebagai satu keunikan dalam bercinta. Itu mereka namakan sebagai variasi. Ada masa keluar makan bersama, berpimpinan di taman bunga, juga ada ketika meluangkan masa untuk ke pawagam menonton filem.
Subscribe to:
Posts (Atom)