Pages

Friday, 27 March 2015

Warga Malaysia di Yaman Selamat


 OLEH: Solahuddin Al-Idrus  


SANA’A, Yaman – Saudi telah melancarkan melancarkan operasi ketenteraan ke negara jirannya termasuk serangan udara terhadap pemberontak syiah Houthi sejak Rabu malam.
Duta Besar Saudi di Washington Adel bin Ahmed Al-Jubeir berkata operasi itu adalah sebahagian daripada gabungan 10 negara anggota.
IMG-20150327-WA0045“Arab Saudi telah melancarkan operasi tentera di Yaman, sebagai sebahagian daripada sebuah gabungan terdiri daripada 10 buah negara.
“sebagai tindak balas kepada suatu permintaan langsung dari kerajaan yang sah Yaman,”katanya pada sidang akhbar di kedutaannya.
Serangan udara bermula pada 07:00 waktu Timur (GMT2300), menurut al-Jubeir bertujuan untuk melindungi penduduk Yaman dan kerajaan yang sah daripada pengambilalihan oleh Houthi.
Operasi itu adalah berikutan permintaan oleh Presiden Yaman Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Sehubungan itu, Pemangku Presiden Persatuan pelajar Malaysia di Yaman( PERMAYA), Imaduddin Jamaluddin [Gambar kanan]  berkata, sekitar lima buah pesawat milik pengkalan tentera yang ditawan oleh Houthi berjaya dimusnahkan.
Kejadian berlaku kira-Kira jam 1 pagi itu telah mengorbankan sejumlah pemimpin tentera Houthi.
Namun, beliau meminta agar ibu bapa pelajar Malaysia yang berada di Yaman tidak perlu bimbang kerana ia berlaku jauh daripada penempatan rakyat Malaysia.
IMG-20150326-WA0102 (3)“pangkalan tentera yang ditawan Houthi diserang dan dilaporkan lima pesawat tentera Yaman telah musnah, ibu bapa pelajar Malaysia tidak perlu bimbang,
“kejadian yang berlaku jauh dari kawasan pelajar-pelajar tinggal,”ujarnya ketika ditemui.
Sementara itu, rakyat Malaysia yang tinggal di negara tersebut dilaporkan selamat terutamanya di bandar Sana’a dan Aden ketika serangan berlaku.
Timbalan Dita Besar Malaysia ke Yaman, Mohammed Azmi Abdullah  [Gambar kiri]berkata serangan udara Saudi semalam, hanya menyasarkan kepentingan strategik Houthi di kedua-dua bandar .
Namun begitu, beliau menyeru semua rakyat Malaysia dinegara terlibat konflik itu agar mendaftarkan diri kepada pihak kedutaan.
“bagi rakyat Malaysia di Yaman, kuhususnya pelajar yang belum berdaftar diminta untuk segera mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia,
“atau mana-mana Cawangan PERMAYA terdekat agar pihak Kedutaan boleh memantau keselamatan dan kebajikan mereka,”ujarnya ketika dihubungi

Wednesday, 25 March 2015

Yaman diserang

Arab saudi menghantar 100 jet pejuang ke Udara Yaman menyerang Militan Syiah Houthi..Pesawat dari Mesir, Maghribi, Jordan, Sudan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Bahrain juga mengambil bahagian dalam serangan darat itu....


Friday, 20 March 2015

Politik Yaman Rumit,Sukar Dijangka

Sejak kebelakangan ini keadaan semasa di negara Yaman mendapat liputan luas dari berita-berita antarabangsa, bahkan turut mendapat perhatian dari media-media di Malaysia. Seringkali gambaran yang diberikan dalam laporan dan berita tersebut adalah terlalu negatif. Sehubungan dengan itu, mungkin Tuan boleh memberikan serba sedikit gambaran mengenai situasi sebenar yang berlaku kini di Yaman dari sudut pandangan Tuan?

Pada tahun 2011, negara Yaman turut berhadapan dengan kemelut politik yang melanda beberapa negara Timur Tengah pada masa itu dimana penganalisis-penganalisis politik bersependapat untuk memanggilnya sebagai “Arab Spring”. Tidak dapat dinafikan bahawa kemelut tersebut telah menjejaskan situasi politik dan keselamatan di Yaman.

Semenjak krisis 2011 tersebut, negara Yaman kini sedang dalam proses untuk membaikpulih dan membina semula sistem kerajaannya. Dibawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dipelopori oleh Duta Khas PBB Jamal Benomar, parti-parti politik di Yaman telah bersetuju untuk mengetepikan kepentingan dan pendirian politik masing-masing untuk bersama-sama duduk berbincang mengenai hala tuju dan masa depan negara tersebut. Ini merupakan satu pencapaian bagi masyarakat Yaman kerana ianya mengelakkan negara tersebut dari terjerumus ke dalam kancah perang saudara.

Berdasarkan kepada pelan peralihan yang dirangka oleh PBB dan Gulf Cooperation Council (GCC), parti-parti politik di Yaman pada bulan Februari tahun lepas telah mencapai kata sepakat semasa National Dialogue Conference (NDC) untuk menggubal dan merangka perlembagaan baru bagi negara Yaman. Draf perlembagaan tersebut akan disokong terlebih dahulu secara referendum oleh rakyat Yaman sebelum diwartakan secara rasmi sebagai perlembagaan baru. Dan kemudian yang terakhir sekali adalah untuk mengadakan pilihanraya bagi melantik Presiden dan Parlimen baru.

Walaubagaimanapun semasa proses merangka dan menyiapkan draf Perlembagaan tersebut, terdapat beberapa perselisihan pendapat di antara segelintir parti-parti politik yang terlibat yang membawa kepada berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini seperti yang dilaporkan baru-baru ini oleh berita-berita tempatan dan antarabangsa.

Pada pandangan Tuan, apakah situasi di Yaman akan menjadi lebih teruk?

Pada masa ini, amat sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku di Yaman memandangkan keadaan politiknya yang rumit. Situasi politik di Yaman tidak dapat digambarkan secara ringkas melalui hitam dan putih.


 Tetapi buat masa sekarang, kebanyakan parti politik masih komited untuk menyelesaikan perbezaan melalui meja rundingan yang dianjurkan oleh Duta Khas PBB Jamal Benomar. Kesanggupan sesetengah pihak untuk berunding dan menyelesaikan masalah berbanding perang senjata menunjukkan satu petanda positif mengenai perkembangan semasa di Yaman.

Namun pihak Kedutaan turut mengambil kira akan keadaan keselamatan di Yaman yang diketahui agak mencabar terutamanya apabila melibatkan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di negara ini.

Apakah nasihat Tuan kepada rakyat Malaysia yang berada di Yaman khususnya pelajar-pelajar kita?

Ekoran situasi di Yaman pada masa ini, pihak Kedutaan menasihati rakyat Malaysia yang berada di negara ini untuk mengambil langkah keselamatan termasuklah mengelakkan dari kawasan yang berisiko tinggi, tidak melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan atau protes awam, dan sentiasa peka dengan nasihat atau arahan dari pihak Kedutaan dan pihak berkuasa. Pelajar-pelajar Malaysia juga dinasihati untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang akan menjejaskan nama baik Malaysia.



Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang bercadang untuk melawat atau berhasrat untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi pengajian di negara Yaman?

Bagi rakyat Malaysia yang bercadang untuk melawat negara ini adalah dinasihati untuk menangguhkan perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan kembali pulih seperti biasa. Pihak Kedutaan juga tidak menggalakkan rakyat Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka di negara ini buat sementara waktu.  

Terima kasih di atas kesudian Tuan melapangkan masa untuk ditemubual. Sesungguhnya maklumat yang diberikan oleh Tuan dalam temubual ini amatlah berguna untuk lebih memahami keadaan sebenar yang berlaku di Yaman, terutamanya bagi pelajar-pelajar Malaysia di Yaman dan juga ibu bapa di Malaysia yang kadang kala risau mengenai keselamatan anak-anak mereka.

Sama-sama.


***Encik Muhammad Azmi Abdullah kini sedang berkhidmat sebagai Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Malaysia, Sana’a. Beliau telah tinggal dan bertugas di Sana’a selama hampir dua tahun yang mana antara tugasan beliau termasuklah memantau perkembangan politik semasa di Yaman. Sebelum berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a, beliau telah bertugas di Wisma Putra selama hampir lima tahun mengendalikan isu-isu pelbagai hala seperti keselamatan, perlucutan senjata dan senjata kimia.

Wednesday, 11 March 2015

Bekas Presiden Sedang Menyiapkan Laluan Kepada Anaknya

Menteri-Menteri Luar Arab menolak rampasan kuasa yang telah dilakukakn oleh syiah Houthi di Yaman dan mengulangi sokongan mereka terhadap kesahihan Presiden Yaman Abd Rabbuh Mansour Hadi.
Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat mereka di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah pada hari Isnin, para menteri Arab berkata mereka komited kepada perpaduan dan kebebasan Yaman dan menolak sebarang campur tangan dalam hal-ehwalnya.

Thursday, 26 February 2015

Yaman Tanpa Ketua



Sejurus memasuki perkarangan lapangan terbang Sana'a,aku disambut dengan teman-teman Al-Qasam..Al-Qasam iaitu nama rumah yang aku tumpang berteduh kasih.Sekilas terimbas kenangan-kenangan di kotak memori. Teman-teman sejalanan di rumah ini yang kini masing-masing telah pulang akibat perang saudara baru-baru ni.Mereka pulang berjuang di medan sendiri..Sekarang, generasi baru yang menghuninya.Generasi yang mungkin mampu mengharungi sebuah pengembaraan ilmi.Doakan agar aku dan mereka dapat  menempa kenajahan hakiki.

Yaman kini dikatakan terus bergolak dengan silih berganti penukaran presidenya mencipta konflik yang berterusan sehingga bertukar Ibu Negara..Sangat rencam isu ini menyebabkan Seluruh mata bertumpukan di Yaman.Sebahagian dari agenda barat untuk memecah belahkan umat Islam juga untuk menyekat Parti Islah dibawah Dr Abdul Majid Zindani dan mengekang kebangkitan Islam.Inilah realiti yang sedang berlaku di Yaman,bahkan diseluruh tempat..


Ya! Aktiviti hidup berlangsung seperti biasa walau hampir satu bulan tiada kerajaan...Setiap pagi anak-anak kecil melangkah kaki ke sekolah begitu jugak dengan anak-anak muda..Berpagian ke tempat kerja masing2 baik di sektor kerajaan mahupun swasta...Kapal terbang,terbang seperti biasa mengikut aliran keluar masuk begitu juga perbankan..Duit sentiasa keluar masuk dengan perniagaan berjalan bahkan lebih rancak tidak seperti sediakala..


Bayangan yang mengatakan apabila tiada kerajaan maka berlaku huru hara dan tidak boleh hidup tanpa kerajaan itu mendangkal segalanya..Ramai dikalangan kita di malaysia yang bertuhankan kerajaan..Kerajaan lah yang selama ini bagi makan dan minum...Segalanya dihadiahkan dari kerajaan sehingga buta dari melihat Tuhan..

Bak kata rakyatnya,kami semua adalah ketua..Kami semua adalah presiden Yaman..Dari pembawa teksi sehingga la pensyarah,mereka mengisytiharkan diri mereka lah presiden dan tidak perlukan lagi sebuah kerajaan kerana mereka aman tanpa pemerintah yakni kerajaan...Mungkin tiada lagi negara seperti Yaman dimana walaupun tanpa kerajaan berminggu-minggu tetapi rakyatnya hidup aman damai.

Itulah hikmah Bumi Yaman! Hikmah yang tiada pada negara lain..Seperti mana yang Nabi pernah Sabda,

"Datang pada kamu orang yaman,Mereka mempunyai hati yang sangat lembut,Iman itu ada diYaman dan Hikmah itu ada pada Yaman.."

Sana'a,Yaman
" BI RUH...BI DAM "