Pages

Thursday, 23 August 2012

Sudah Tiga Bulan Berlalu, YT Masih Belum Tunai Janji

KUALA TERENGGANU – Setelah tiga bulan berlalu, pihak Yayasan Terengganu (YT) yang telah berjanji akan menyerahkan sijil kepada seorang pelajar Tre-found Education Centre, masih belum berbuat demikian.

Peguam Fathi Aziz Abu Bakar berkata, beliau telah menyerahkan notis anak guamnnya, Syed Solah Syed Hassan yang yang dituduh melibatkan diri dalam perhimpunan aman BERSIH.

“Saya telah serah notis kepada pihak YT, lebih tiga bulan lalu, pegawai YT berjanji secara lisan akan menyerahkan sijil pelajar terbabit dalam masa tersebut,

“sekarang tempoh itu telah tamat dan pelajar terbabait belum mendapat sijilnya,”ujarnya ketika di temui hai ini, Ahad 19 Ogos.

[Gambar - Syed Solah, mangsa tuduhan tidak berasas YT, telah ditahan sijilnya kerana kononnya terlibat dengan himpunan aman BERSIH, menerima sumbangan dari pihak DPPNT]


Oleh itu, Fathi yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) berharap pihak YT dapat menunaikan janji tersebut dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, katanya, pihak BERSIH telah mengadakan pertemuan dengan para pelajar yang menjadi mangsa-mangsa penamatan pinjaman oleh YT pada akhir Ramdhan baru-baru ini.

Menurutnya, pada majlis tersebut, BERSIH yang diwakili oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais telah berjanji akan mengambil tindakan undang-undang keatas YT sekiranya rundingan berhubung pinjaman pelajar terbabit gagal.

“BERSIH akan menghantar peguam dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya rundingan dengan pihak YT tidak Berjaya atau gagal,

“pihak-pihak yang mwakili mahasiswa iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) akan meneruskan rundingan mengembalikan semula pinjaman pelajar terbabit,”jelasnya.

Buletinonline dimaklumkan , turut hadir dalam Majlis Iftar anjuran BERSIH bersama Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) itu adalah Presiden SMM, Safwan Anang dan Pengerusi Gempur Muhammad Syahmi Hazim.

Copy & Paste from : www.buletinonline.net

* Xsempat nk menulis....rasenye sempat lg kot nk ucap Slmat Hari Raye...Kpd Datuk Mad Said,smoge hdup bhgia ye Datuk......

Saturday, 12 May 2012

Penat Mengejar

Sebenarnya aku cintakan kamu.

Tapi kamu selalu lari dari aku.

Jadi satu hari nanti, aku harap kamu eksiden dan patah kaki.

Tuesday, 28 February 2012

Kenapa Dipertikaikan Keinginan Untuk Berkahwin Muda?


Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan jika kita berkahwin di usia lebih muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.
Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetangah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin-kahwin muda tu, tandanya memang dah ‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam Islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.

Saturday, 11 February 2012

Peristiwa 12 Rabiul'awal 1433 di Florida USA


Peristiwa ini berlaku pada 5 Febuari 2012 bersamaan 12 Rabiul'awal 1433 hijrah. Ia suatu fenomena yang pelik bukan bagi kita di Malaysia sahajaa, bahkan orang Amerika yang berada di pantai Florida pada ketika itu turut merasa pelik.

Juruterbang helikopter Mike Schaeffer telah membuat lawatan udara apabila dia melihat fenomena cuaca yang luar biasa di sepanjang pantai Panama City Beach, Fl. pada hari Ahad 5hb Febuari 2012. Sebaik sahaja beliau mendarat, beliau memberi amaran kepada Panhandle Helikopter pemilik JR Hott "gelombang bentuk awan," dan bersama-sama mereka pergi untuk mendapatkan paparan yang lebih baik.

Kabus yang bergerak dengan cepat dalam keadaan cuaca yang sangat indah sebenarnya yang sedang berlaku. Manakala komuniti dalam talian telah menggelarkannya "tsunami awan," Hott tidak bersetuju dengan julukan ini.

Saya tidak akan memanggil "tsunami awan." Istilah tsunami membayangkan bencana alam. Suasana semasa kejadian membentuk dengan cepat, bergerak lembut dan perlahan-lahan memanjat bangunan dengan lembut. Ia bukan sesuatu yang berlaku dengan lebih daripada bayu yang lembut.



Wednesday, 1 February 2012

Pelajar Trefound Serbu Pejabat Pengarah Yayasan Terengganu


KUALA TERENGGANU– Lebih 20 orang pelajar Kolej Trefound, Trefound Educare Sdn. Bhd. (TE) telah menyerbu pejabat Pengarah Yayasan Terengganu bagi mendapatkan penjelasan janji yang belum ditunaikan.

Menurut sumber,para pelajar ditawarkan berkursus  di instutsi milik penuh Yayasan Terengganu itu telah dijanjikan sebuah Laptop percuma, pinjaman bagi pembiayaan pelajaran yang akan dibayar sebagai elaun sebanyak RM250 sebulan.

Namun, sehingga kini seramai 180 orang pelajar terbabit  tidak menerima pemberian laptop percuma dan tidak dibayar elaun bulanan sebanyak RM250 sejak pengambilan mereka pada bulan Februari, 2011.

Sumber tersebut berkata, mereka telah beberapa kali berusaha bertemu dengan pihak penguruan Yayasan Terengganu untuk menuntut  janji dan menyelesaikan pembayaran elaun yang tertunggak, namun, katanya, segala usaha mereka gagal.




" BI RUH...BI DAM "