Pages

Tuesday, 13 September 2011

Inilah kisah cinta paling hebat....


Anda suka baca kisah cinta? Romeo and Juliet misalnya atau kisah cinta Shah
Jahan dan isterinya Mumtaz. Shah Jahan begitu menyintai isterinya hingga
beliau berjanji membina mahligai indah sebagai bukti kasih mereka.
Akhirnya terbinalah istana Taj Mahal( yg diambil sempena nama isterinya),
menjadi salah satu monumen paling ramai dikunjungi manusia. Hari ini ada
pasangan yg baru berkawin melawat Taj Mahal sebagai simbol penyatuan
cinta mereka. (bilalah saya nak dapat ke sana agaknya....)

Sebenarnya ada lagi kisah cinta paling hebat di dunia ini iaitu kisah cinta baginda
Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w dan isterinya Khadijah r.h.a. Semua orang
tahu, Khadijah r.h.a meminang Rasulullah s.a.w kerana terpesona dengan
akhlaknya. Bayangkan bagaimana tingginya akhlak nabi hingga mampu
'mencairkan' hati seorang wanita ahli perniagaan, dari keturunan bangsawan lagi
hartawan sedang nabi hanyalah seorang anak muda yang miskin, yatim piatu dan
keseorangan. Di zaman ini, mana mungkin ahli perniagaan ternama lagi berusia
jatuh cinta pada pemuda biasa yang tak punya apa-apa. Kalaupun ada, orang
mungkin berkata, dia gila atau  terkena 'ubat guna-guna'.

Saturday, 10 September 2011

Apa Itu Cukai Perkhidmatan Tambah Nilai Telefon Bimbit?

                                                                     
Mulai 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan apabila anda menambah nilai telefon bimbit.
Begitulah gambaran mesej yang dihantar oleh syarikat komunikasi kepada sebahagian besar penggunanya di Malaysia hari ini.

Mulai 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan kepada pengguna Maxis, Celcom, DIGI dan syarikat komunikasi setiap kali anda top up.

Sama ada anda topup RM10.00, 6% atau RM0.60 akan ditolak daripada kredit anda sebagai cukai perkhidmatan. Maka, kredit yang ada pada handphone anda ialah RM9.40 setiap kali anda top up RM10 atau anda perlu membayar RM10.60 untuk membeli top up RM10.

Seperti mana yang kita ketahui, pasaran top up di Malaysia sangat untung dan lumayan disebabkan rata-rata rakyat Malaysia menggunakan prepaid top up berbanding telefon talian biasa seperti TELEKOM. Adakah kerajaan Malaysia sengaja mahu membebankan rakyat atau ada muslihat lain? 

ZALIM ATAU RAKYAT DIUTAMAKAN?????..anda sendiri yg menilai..

Friday, 5 August 2011

Nak Couple Islamik?


Ikuti kisah ini :


Kisahnya mengenai 3 orang, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. 

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamik punya couple tu.

Sunday, 31 July 2011

RENUNGAN RAMADHAN

Air yang paling jernih sekalipun tetap akan kotor apabila diisi di dalam bekas yang bernajis. Hati umpama bekas dan Ramadhan ialah airnya jika tidak disucikan hati maka Ramadhan akan tercemar oleh kotoran nifaq, maksiat dan dosa. Isikanlah Ramadhan dalam bekas yang bersih barulah terasa nikmat ketika meneguknya dan hilang segala dahaga pada dunia !
Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

Umumnya Ramadhan disambut meriah di Malaysia. Masjid dan surau akan dibanjiri oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau ceramah pendek atau tafsir pendek. Ini merupakan satu amalan yang baik kerana ia akan menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan juga medan untuk berkongsi Ilmu dan ingat memperingati. Sesuai dengan firman Allah bermaksud:

“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman” (Surah Azzariyat: 57)
Dan firman-Nya lagi:

“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”. (Surah Al-Asr: 1-3)

Walaupun begitu, di sana terdapat masalah dari segi kurangnya sumber untuk renungan.

Risalah kecil ini salah satu usaha kerdil untuk memenuhi hasrat ini. Cebisan-cebisan renungan ini cuba merangkumi pelbagai aspek dari penghayatan Ramadhan. Seberapa daya, kami berusaha memastikan kenyataan yang dibuat disertakan dengan hujjah dan dalil yang terbukti kuat dan dinyatakan sumbernya yang sah.

Semoga risalah ini dapat membantu kita dalam mengharungi lautan keberkatan dan rahmah Allah di bulan Ramadhan.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Saturday, 2 July 2011

Bersihkan Negara Kita


Rasuah berselerak
di laman politik negara

Fitnah membusuk
kelam politik negara

Boros berleluasa
busuk politik negara

Tipu membarah
rosak politik negara

Ketidakadilan
lumpuh politik negara

Keangkuhan
hilang seri politik negara

Rasuah, fitnah, boros, tipu, ketidakadilan, keangkuhan
Semua ini sampah negara

Terganggu kedamaian politik
Tergugat kesejahteraan politik
Terancam ketenangan politik

Kerna .....

" BI RUH...BI DAM "